Thursday, May 29, 2008

Perbezaan bekerja di sektor korporat dan menjadi guru sekolah rendah



Kira-kira 10 tahun dahulu, saya merupakan seorang pekerja dalam sektor korporat, bermula sebagai Eksekutif Akaun, saya bekerja dengan sebuah syarikat ICT swasta yang pemiliknya warganegara Singapura yang bermaustautin di Malaysia. Saya banyak belajar tentang selok-belok perniagaan daripada beliau, daripada syarikat tersebut saya mula berjinak perakaunan syarikat daripada A sampai Z. Saya juga menjadi seorang yang pakar dalam membuat pelbagai tender dan segala tipu muslihat di dalamnya. Walaupun merasa 'glamour' dengan suasana dunia korporat, namun prinsip-prinsip perakaunan yang tulin iaitu 'adil dan saksama' kian terhakis dek mengejar keuntungan atau perolehan yang yang berjuta-juta. Dari situ saya meniti tangga ke syarikat-syarikat swasta hinggakan menjawat jawatan pengurus dan lain-lain. Namun akhirnya saya beralih arah menjadi seorang guru di sekolah rendah. Jika dibandingkan dengan sektor korporat, masyarakat melihat begitu tinggi apabila kita menyatakan jawatan kita di syarikat. Tapi apabila kita masuk dalam arena pendidikan, rupa-rupanya guru sekolah rendah dipandang sebelah mata sahaja, kecuali bagi mereka yang mengerti betapa besarnya peranan guru sekolah rendah. Apabila ditanya apakah jawatan saya, saya menjawab, "cikgu..". Lalu ditanya lagi.."Sekolah rendah ke menengah?" Jawab saya, " sekolah rendah." Daripada situ masyarakat mula membuat persepsi bahawa guru sekolah rendah itu adalah lebih rendah tarafnya daripada sekolah menengah, sekolah menengah lebih rendah daripada pensyarah universiti. Pada pandangan saya, semua itu tidak penting sama sekali, walaupun terkena tempiasnya sekali-sekala, apa yang penting adalah sumbangan kita ke arah pembaharuan masyarakat. Walau apapun jawatan kita, kita adalah khalifah Allah dan hambaNya. Apa yang dinilai di sisi Tuhan bukannya pangkat, harta atau sanjungan orang tetapi hanyalah TAQWA.

3 comments:

Anonymous said...

Ye Fatah....


Saya pun pernah bekerja dengan sektor swasta selama hampir 5 tahun..memang ada bezanya bila kita bercerita tentang stail atau cara swata dan kerajaan...apa yang saya terguris bila ada orang memandang rendah kerjaya guru ini...dimana adanya Perdana Menteri kalau tidak dajar oleh seorang guru sekolah rendah, dimana adanya seorang CEO kalau tidak diajar membaca oleh seorang guru sekolah rendah...walaubagaimanapun kita sebagai guru perlulah sentiasa menjaga martabat profession seorang guru....harus diingat kita sentiasa dipandang oleh masyarakat...segala perlakuan kita akan dipantau oleh masyarakat...macam la artis....

Anonymous said...

bolehlah nak hidup....

Anonymous said...

kerjalah kerana Allah. kita dapat pahala untuk akhirat di samping gaji utk hidup di dunia.