Thursday, May 29, 2008

Teka-teki 1

1. Pak Ali mempunyai sebuah kebun kebun buah-buahan.
Semua jenis buah ada ditanam.
Satu hari, kebunnya terbakar. Tapi magicnya ada 3 jenis buah yang selamat dan tak terbakar. Apakah jenis buah-buah itu dan kenapa ia selamat?

a. Buah keranji sebab dalam perahu
b. Buah cempedak sbb di luar pagar
c. Pisang sebab di bawa belayar

2. Pokok apa yang bersiput sewaktu kecil dan mengurai rambutnya setelah dewasa?
Pucuk paku

3. Saya sejenis tumbuhan buah ajaib. Biji di luar isi di dalam.
Buah gajus.

4. Dengar nama saya saja, semua orang gerun. Jadi lagenda di mana-mana. Tapi saya boleh dimakan.
Buah naga.

5. Binatang apa berkaki tujuh?
Ayam, yang duduk di kaki 5.

6. Mak Limah pergi ke kedai,
Pergi ke kedai membeli roti,
Kalau tuan bijak pandai,
Apakah binatang berkaki merah, keris di kaki?
Ayam jantan.

7. Ada belalai bukan gajah,
Boleh terbang bukan burung,
Hisap darah bukan hantu.
Siapakah saya?
Nyamuk.

8. Teka teki teka tekuk
Ular mati hisap rokok
Ubat nyamuk.

9. Saya simbol kebanggaan Negeri Di Bawah Bayu,
Puncak tertinggi gelaran saya. Siapakah saya?
Gunung Kinabalu.

10.Ada sepasang ayam, suami isteri. Mereka tinggal di dalam sebuah reban. Satu malam, kilat sabung menyabung. Menjelang pagi, ayam jantan mati. Soalannya, kenapa ayam jantan mati?
Kerana sudah ajal.
11.Binatang apa be rkaki tiga?
Mentibang.

12.Merah + putih + kuning + hijau = Jadi kaler apa?
Warna warni.

No comments: